Penentuan permulaan kehamilan dan peramalan tarikh lahir Kehamilan

Sebelum kehamilan bermula, oosit sekunder (atau telur) daripada perempuan mesti disenyawakan oleh spermatozoon dalam suatu proses yang kenali sebagai "proses persenyawaan", atau biasanya (ataupun mungkin tidak tepat) sebagai "konsepsi". Hal ini berlaku, melalui perbuatan persetubuhan, iaitu apabila seseorang lelaki memancutkan air mani ke dalam faraj seseorang wanita, spermanya akan berenang ke dalam (arah) oosit sekunder untuk tujuan persenyawaan; Walau bagaimanapun, terdapat cara lain, iaitu permanian beradas jika kehamilan melalui persetubuhan sukar dilakukan, atau jika seorang wanita memilih untuk menjadi hamil tanpa seorang rakan lelaki, atau sebarang masalah kesihatan yang menghalang kehamilan secara persetubuhan. Satu contoh tentang ialah jumlah sperma seseorang lelaki rendah ini akan menyebabkan kesukaran persenyawaan berlaku. Walaupun kehamilan bermula pada pengimplanan, tetapi lebih mudah untuk menentukan tarikh bermula kehamilan iaitu bermula pada tarikh hari terakhir seseorang perempuan mengalami haid yang terakhir. Hal ini digunakan untuk mengira Jangkaan Tarikh Lahir (EDD atau (Estimated Date of Delivery)).

Secara tradisional (menurut peraturan Naegele, yang bertujuan untuk mengira anggar tarikh lahir, atau (EDD - estimated date of delivery)), kelahiran insani dianggarkan berlaku kira-kira 40 minggu (280 hari) selepas daripada tarikh haid yang akhir (LMP atau Last Menstrual Period), atau 37 ~ 38 minggu (259 hari) dari tarikh persenyawaan. Bagaimanapun, terdapat kehamilan yang menjangkau tempoh antara 37 dan 43 minggu dari permulaan dari haid yang terakhir. Bayi-bayi yang lahir sebelum 37 minggu dianggap sebagai pramatang, dan bayi-bayi yang dilahirkan selepas 43 minggu dianggap sebagai pasca matang.

Menurut Manual Perubatan Merck, kehamilan manusia biasanya dianggarkan kira-kira 266 hari dari tarikh persenyawaan yakni 38 minggu, atau 9 bulan qamari, ataupun jika mengikut kiraan kalendar Gregory adalah kurang sedikit daripada 9 bulan: iaitu kira-kira 8 bulan dan 22.5 hari. Perkiraan ini bermula selepas kitaran haid yang terakhir, iaitu selama 40 minggu (berdasar peraturan Naegele).

Walaupun hal ini adalah biasa, tempoh sebenar kehamilan bergantung pada pelbagai faktor. Sebagai contoh, kehamilan pertama cenderung untuk berakhir lebih lama daripada kehamilan yang berikut. Lebih kurang daripada 10% kelahiran berlaku pada tarikh matang; 50% kelahiran adalah pada dalam seminggu tarikh matang, dan hampir 90% kelahiran dalam tempoh dua minggu pada tarikh matang. Tidak jelas samaada ini merujuk kepada pengiraan mengikut sonografi atau daripada kitar haid yang terakhir.

Tarikh tepat persenyawaan adalah penting, kerana ia akan digunakan untuk mengira keputusan pelbagai ujian pranatal (sebagai contoh, ujian kembar tiga). Satu keputusan boleh dibuat untuk menggalakkan kelahiran sekiranya seorang bayi dianggap melepasi tempoh. Tarikh matang hanya merupakan satu anggaran kasar, dan untuk menganggar kehamilan secara tepat adalah rumit. Ini disebabkan semua wanita adalah berbeza, iaitu tidak semua wanita mempunyai kitar haid 28 hari, atau mengalami ovulasi pada hari ke-14 selepas kitar haid yang terakhir. Dianggarkan 3.6% dari wanita melahirkan anak pada tarikh matang yang diramal mengikut tarikh terakhir kitar haid (LMP atau Last Menstrual Period), dan 4.7% kelahiran adalah berdasarkan anggaran daripada perkiraan gelombang ultrasonik. (Hal ini belum lagi disahkan kerana bertentangan dengan rencana diatas).

Permulaan kehamilan boleh dikesan dalam pelbagai cara, termasuk ujian kehamilan yang mengesan hormon-hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Ujian darah dan ujian air kencing secara perubatan (merupakan ujian klinikal) boleh mengesan kehamilan selepas beberapa ketika iaitu selepas lekat/pengimplanan (implantation), lebih kurang pada awal 6-8 hari selepas persenyawaan. Ujian kehamilan boleh dilakukan secara peribadi melalui ujian air kencing, teknik ini tidak boleh mengesan kehamilan sehingga selepas hari 12-15 selepas persenyawaan. Kedua-dua ujian kehamilan hanya boleh mengesan keadaan kehamilan, dan tidak boleh mengesan tempoh kehamilan.

Dalam fasa post-pengimplanan, [blastosista]] merembeskan hormon gonadotrofin korion yang merangsang korpus luteum di ovari wanita itu untuk menghasilkan progesteron. Ini bertujuan untuk mengekalkan pelapik dinding uterus (endometrium) agar embrio akan terus subur dan mendapat khasiat. Kelenjar-kelenjar di endometrium uterus akan menebal sebagai tindak balas kepada blastosista, dan kapilari akan terangsang untuk terbentuk dalam rantau itu (tapak persenyawaan). Ini membenarkan blastosista untuk menerima zat penting dari tubuh ibu. Ujian kehamilan dapat mengesan kehadiran hormon gonadotrofin korion.

Dalam fasa post-pengimplanan, [blastosista]] merembeskan hormon gonadotrofin korion yang merangsang korpus luteum di ovari wanita itu untuk menghasilkan progesteron. Ini bertujuan untuk mengekalkan pelapik(dinding) uterus(endometrium) agar embrio akan terus subur dan mendapat khasiat. Kelenjar-kelenjar di endometrium uterus akan menebal kepada blastosista, dan kapilari akan terangsang untuk membentuk dalam rantau itu(atau pada tapak persenyawaan). Ini membenarkan blastosista untuk menerima nutrien yang penting dari wanita itu. Ujian kehamilan dapat mengesan kehadiran hormon gonadotrofin korion.

Ujian gelombang ultrasonik awal dapat menentukan tempoh kehamilan dengan lebih tepat. Dalam etika kedoktoran, para doktor lazimnya menggambarkan usia sesuatu kehamilan (contoh. "usia" embrio) dari segi "tarikh haid" berdasarkan hari pertama selepas haid terakhir seseorang wanita, sebagaimana dilaporkan oleh wanita tersebut. Kecuali aktiviti seksual seseorang wanita itu dihadkan, tarikh sebenar persenyawaan adalah tidak diketahui. Ketiadaan gejala-gejala seperti mabuk hamil, menjadikan petanda dapat dilihat adalah gangguan kepada kitaran haid bulanan normalnya, (contoh. satu "lewat tempoh"). Oleh itu, tarikh haid" adalah hanya satu jangkaan terpelajar bagi menganggar umur fetus, yang secara purata adalah dua minggu kemudian selepas hari pertama tarikh haid terakhir wanita tersebut. ([margin kesilapan]] adalah 0 hingga 30 hari selepas haid terakhir, dengan itu sekitar 14 hari purata.) Istilah "tarikh konsepsi" kadangkala boleh digunakan apabila tarikh tersebut adalah lebih pasti, sungguhpun bidang perubatan profesional mungkin kurang tepat dengan penggunaan dua terma berbeza. Tarikh matang boleh dikira dengan menggunakan peraturan Naegele.

Peristilahan

Serupa juga, adanya perbezaan-perbezaan yang lebih halus antara konsep pensenyawaan dengan keadaan hamil yang sebenar yang bermula dengan implantasi. Dalam kehamilan yang biasa, pensenyawaan telur biasanya berlaku di dalam tiub Fallopio atau di dalam uterus. (Seringnya, telur gagal diimplan di dalam uterus walaupun disenyawakan.) Jika kehamilan merupakan hasil pensenyawaan in vitro, pensenyawaan itu berlaku di dalam piring petri, dengan kehamilan dimulakan apabila satu atau lebih zigot diimplan ke dalam uterus wanita selepas dipindahkan oleh pakar perubatan.

Dalam konteks perdebatan-perdebatan politik tentang takrif kehidupan yang wajar, istilah kehamilan boleh mengelirukan. Oleh sebab penilaian kehamilan yang tepat sebagai dalam peringkat "embrio" atau "fetus" biasanya tidak dapat ditentukan, istilah-istilah tersebut (walaupun lebih tepat dari segi klinikal) tidak biasa digunakan berbanding dengan istilah "bayi" atau "anak". Istilah yang neutral dari segi perubatan dan politik ialah "kehamilan", walaupun istilah ini boleh menimbulkan masalah kerana ia tidak merujuk kepada embrio atau fetus secara langsung. Dalam konteks pengolahan peribadi, adab sopan terhadap wanita yang hamil umumnya menetapkan bahawa para doktor mengelakkan penggunaan bahasa klinikal seperti "fetus" dan "embrio" tetapi sebaliknya merujuk kepada anak yang berkembang secara mudah sebagai "bayi", walaupun istilah ini tidak tepat dari segi perubatan.

Pengesanan

Peringkat-peringkat kehamilan yang awal seringnya dikesan melalui ujian kehamilan. Dalam fasa pasca implantasi, blastosista akan merembeskan gonadotrofin korion manusia (HCG), sejenis hormon yang merangsang korpus luteum di dalam ovari wanita supaya terus menghasilkan progesteron. Progesteron ini bertindak pula untuk mengekalkan tisu pengalas uterus supaya embrio dapat menerima khasiat. Sebagai tindak balas kepada blastosista, kelanjar-kelanjar di dalam tisu pengalas uterus akan mengembang, dengan kapilari dirangsang supaya tumbuh di kawasan itu. Ini membenarkan blastosista mendapatkan pemakanan-pemakanan yang penting daripada wanita.

Kehadiran gonadotrofin korion manusia tersebut ialah yang dikesan oleh ujian-ujian kehamilan.